About Me

My photo
"cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun daripada langit , bersih dan suci.. cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.. jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah cinta itu tandus oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.. tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..." ~~~HAMKA~~~

mutiara kata

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.

~ Thomas Jefferson~

RENUNGKANLAH!!!

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
Orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah
di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda Boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu.

Jangan kejar kemewahan kerana ianya
akan susut.Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba
satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan
seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa
yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda
tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup
untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan
anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika
anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya
dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang
terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang
telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan
yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda
mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda
pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang
tersayang,tanda peringatan anda pada mereka.

Wasalam…




Marilah menyelam ke lautan tak bertepi,
Mengenal Zat yang Maha Tinggi,
Renungan dan Tazkiroh sebagai santapan Rohani,
Membina hidup di landasan Islami.

Tinta abadi :
-atikah ismail-

RAMA-RAMA DAN WANITA...


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

SETANGKAI MAWAR CINTA....



al-Imaam Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah rohimahullah

Jika orang lain merasa cukup dengan dunia, maka hendaknya engkau merasa cukup dengan Allah. Jika mereka berbangga dengan dunia, maka berbanggalah engkau dengan Allah. Jika mereka merasa tenang dengan orang-orang yang mereka cintai, maka jadikanlah ketenanganmu dengan Allah. Jika mereka berusaha mengenal dan mendekati raja raja dan para pembesar mereka untuk meraih kemuliaan dan darjat yang tinggi, maka usahakanlah mengenal dan mencintai Allah niscaya engkau mendapatkan puncak kemuliaan dan darjat yang tinggi.

Sebahagian orang yang zuhud berkata:

“Aku tidak pernah mengetahui ada seorang yang mendengar tentang syurga dan neraka kemudian waktu yang dia miliki tidak dia gunakan untuk mentaati Allah, berzikir, sholat, membaca al-Qur’an atau berbuat baik.”

Lalu seorang lelaki berkata kepadanya:
“Sesungguhnya aku banyak menangis.”

Orang zuhud tadi berkata:
“Sesungguhnya jika engkau tertawa sedangkan engkau mengakui kesalahanmu, maka hal itu lebih baik dar pada engkau menangis namun engkau mengungkit-ungkit amalanmu. Kerana orang yang suka mengungkit amalannya, maka amalannya tidak akan naik melampaui kepalanya.”

Maka lelaki tadi berkata:
“Berikanlah aku nasihat.”

Orang zuhud itu berkata:

“Tinggalkanlah dunia untuk ahli dunia, sebagaimana mereka meninggalkan akhirat untuk ahli akhirat. Jadilah engkau di dunia ini seperti lebah, jika engkau makan, engkau makan sesuatu yang baik, jika engkau memberi makan, engkau memberi makan sesuatu yang baik dan jika engkau jatuh di suatu tempat, engkau tidak akan merusak dan merobeknya.

Diterjemah dari kitab “al-Fawaaid” karya al-Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah

10 SIFAT MUSLIMAH SEJATI...

Karakter ini merupakan pilar pertama terbentuknya masyarakat islam maupun tertegaknya sistem islam dimuka bumi serta menjadi tiang penyangga peradaban dunia.
Kesepuluh karakter itu adalah :

Salimul Aqidah, Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

Shahihul Ibadah, Benar Ibadahnya menurut AlQur'an dan Assunnah serta terjauh dari segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.

Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah kepribadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahwa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

Qowiyul Jismi, Kuat Fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Alloh SWT.

Mutsaqoful Fikri, Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

Qodirun 'alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mau bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala kebutuhan hidupnya.

Mujahidun linafsihi,
Bersungguh sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimalkan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga berdampak baik pada dirinya ataupun orang lain.

Haritsun 'ala waqtihi,
Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang menyiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. karena waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Alloh SWT.

Munazhom Fii Su'unihi, Tertata dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

Naafi'un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan dibutuhkan. Keberadaannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.


Mudah-mudahan dengan kesepuluh karakter yang dikemukakan diatas menjadikan kita termotivasi untuk dapat merealisasikannya dalam diri kita.Amin.

Catatan:
* 10 karakter Muslim/Muslimah sejati ini dirumuskan oleh Hasan Al Banna

PESANAN BUAT LELAKI...

'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah'

· wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

· wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.

· wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

· wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

· wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

· wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Pesanan Rasulullah S.A.W Terhadap Wanita

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasanialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10. Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

12. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

SEPOHON SEMALU

Assalamualaikum…..Untuk renungan bersama…

Pada suatu hari, rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Khadijah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang phon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu. Kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:-

v Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

v Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

v Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mmempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

v Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Sesungguhnya Allah menjadikan setiap sesuatu itu, tiada yang sia-sia, walaupun ia hanya sekecil pohon semalu…..

AIR MATA RAJI'...


Malam semakin larut.Kesunyian mulai ,mengembangkan sayapnya.Tiada lagi makhluk yang bergerak dan tiada kaki manusia yang melangkah.Pohon-pohon kurma yang hidup subur tidak lagi melambai-lambaikan dedaunnya.Makhluk-makhluk melata turut bersembunyi di balik debu dan pasir .Begitulah bila malam datang…..

Cuma yang tidak lena dan sebagai pemerhati serta suka menziarahi adalah roh-roh syuhadak yang suci.Berkeliaran di malam itu mendampingi jasad yang telah lama lena yang mengimbai kembali peristiwa Mata Air Raji’ yang amat mengharukan.

Inilah peristiwa buat kenangan dan renungan kita bersama dalam mengimbau kembali peristiwa yang sepatutnya membina semangat perjuangan kita untuk terus berjuangdan tidak akan henti-henti.Peristiwa para Murabbi yang dilantik oleh Rasulullah(SAW)dikhianati oleh golongan manusia yang bergelar ‘musang berbulu ayam’.

Setelah peristiwa Uhud berlalu dengan kekalahan yang dialami oleh kaum muslimin , sebenarnya telah memberi semangat baru kepada kafir Quraisy dan munafiq melancarkan lagi serangan ke atas umat islam dikota Madinah AL Munawwarah.

Golongan ini sekelip mata sahaja telah memenuhi setiap penjuru dan kediaman di kota Madinah .Mereka merancang dan mengatur siasah kotor untuk menjatuhkan Islam.Kebimbangan tetap terasa oleh kaum Muslimin yang telah berbai’ah dengan RAsulullah (SAW) dengan kehadiran golongan itu di kota MAdinah.

Inilah awan mendung yang akan meninggalkan satu tragedi yang akan mencemarkan sejarh kaum muslimin.

Perasaan dan sangkaan demikian rupa-rupanya benar berlaku di kala kota Madinah diselubungi awan mendung itu,datanglah serombongan utusan dari dusun ‘Adhlal menemui Rasulullah (SAW) untuk menyatakan keislaman dan bersedia memberi bantuan kepada kaum muslimin dikota itu,

Dengan nada yang mengharap dan bersungguh-sungguh mereka berkata : “Ya Rasulullah, bahwa kami telah masuk Islam dan dikampung kami ramai yang bersedia masuk islam..Kerana itu kami meminta tuan dapat menghantar beberapa orang guru untuk mengajar AL Quran dan syariat untuk memberi pengertian dan hakikat agama kami”

Rasulullah (SAW) akur dengan permohonan itu tanpa baginda banyak bicara.Mereka yang dipilih oleh Rasulullah (SAW) sebagai murabbi itu ialah dikalangan wira-wira ALLAH (SWT) yang pernah bertempur di Badar.Mereka adalah dari kalangan kaum Ansar dan Muhajirin iaitu Mastrad bin Abu Mastrad Al Ganawy , Khalid ibn Bukair ,’asim bin Tsabit , Khabib bin Ady , Zaid bin Datsana dan Abdullah bin Tariq.

Mereka bertindak sebagi wira dan juga sebagai murabbi yang bercita-cita tinggi berangkat menuju ke rantau baru memulakan tugas baru untuk mengembangkan lagi wahyu Ilahi.Sepanjang perjalanan ,utusan ‘Adhlaltelah mengiringi dengan penuh kepatuhan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi .

Tapi tiada siapa yang terduga di sebalik kepatuhan itu ada tersembunyi satu pengkhianatan yang amat dikutuk oleh ALLAH SWT .Utusan ‘dhlal adalah orang-orang dusun yang diperalatkan oleh sahabat-sahabat munafiq untuk bertindak khianat terhadap sahabat pilihan Rasulullah SAW.

Sesampai sahaj mereka di suatu lembah subur yang bermata air iaitu Mata Air Raji’ , berlakulah pengkhianatan dan pendustaan.Mulalah musang-musang berbulu ayam itu menunjukkan sifat –sifat munafiq yang tersimpan disudut hati selama ini.Seolah-olaj ketika itu adalah peluang mereka untuk meneruskan dendam kesumat yang selama ini sedang menunggu masa bagaikan gunung berapi menanti meletup.

Dengan satu teriakan di balik lembah itu , maka keluarlah orang-orang suku Huzail mengepung sahabat pilihan Rasulullah SAW dengan pedang terhunus.

“Apakah kamu tidak gentar?” jerkah salah seorang dari mereka.

“Tidak sekali.Kami tidak gentar!” Jawab Mastrad yang dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai amir mereka.Serentak dengan itu juga sahabta pilihan Rasulullah SAW itu menghunuskan pedang-pedang mereka yang bila-bila saja akan menebas kepala-kepala musang.

“Demi Tuhan , kami tiada bermaksud hendak membunuh saudara-saudara , hanya sekadar kami pergunakan saudara-saudara untuk mendapat sesuatu yang berharga dari kaum Quraisy .Saudara-saudara boleh percaya bahawa sesungguhnya kami kami tidak akan membunuh saudara-saudara…”

Roh-roh suci sedang meninjau peristiwa mata air Raji’ di zaman yang lampau itu, tentu sahaja melihat ‘Asim bin Tsabit di tengah-tengah musuhnya sedang mengenang suatu malam menjelang peristiwa Badar, diwaktu mana Nabi Muhammad SAW bertanya kepada kaum Ansar : “Bagaiman tuan-tuan berperang?”

“Apabila musuh berada dalam jarak 200 hasta,” jawab ‘Asim sambil mengeluarkan panah dari busarnya , “Aku lepaskan panah.Apabila musuh datang lebih dekat lagi, kemudian aku lempar dengan tombak dan lembing da apabila aku telah berada disisinya aku cincamg dengan pedang ini.”

“Begitu caranya ‘Asim berperang,” sahut Rasulullah SAW.

“Siapa yang akan berperang ,hendaklah berperang seperti cara yang ditunjukkan oleh ‘Asim”.

Kenangan yang indah ini terlintas kembali dalam ingatan ‘Asim sekali lagi ketika dia berdiri dikelilingi musuh di lembah Mata Air Raji’.Malah dia juga terkenang kejayaannya di hari perang Badar.

Dia menguatkan semangat juang dan syakhsiah mira yang ada pada dirinya dengan mengumpul kembali segala memori yang lalu.

Dia ingat ,betapa sambil mempertahankan Rasulullah SAW , dia juga telah berjaya membunuh perwira-perwira Quraisy terkemuka.Diantaranya Musafih bin Talhah dan saudaranya Jallas bin Talhah.

Paling akhir ‘Asi terkenang janji hatinya dengan ALLAH SWT pada suatu ketika, iaitu agar tubuhnya tidak ALLAH SWT biarkan disentuh musuh musyrik dan tangannya tidak akan menyentuh musyrik yang najis.

Apabila memori-memori yang indah ini semuanya telah berkumpul dalam taman hatinya , hilanglah segala kemungkinan bagi ‘Asim untuk menyerah kepada musuh penipu untuk hidup hina-dina sebagai orang tawanan yang akan diperdagangkan.Tidak….tidak! ‘Asim tidak akan menyerah kehormatannya sekalipun terpaksa ia mengabadikan nyawa yang hadir ini.

Roh-roh suci sedang meninjau peristiwa Mata Air Raji’ di zaman yang lalu ,tentu juga telah menyaksikan Murtsad bin Abu Martsad dan Khalid ibn Bukhair yang berani mempertaruhkan jiwanya untuk mempertahankan diri sebagai pejuang Ilahi.

Bagaimana mungkin Martsad rela melemparkan dirinya ke lembah hina yang akan diperbudakkan oleh musang-musang berbulu ayam itu.Sedangkan dia adalah sahabat pahlawan Sayidina Hamzah an wira Badar! Tentunya dia tidak rela!

Bagaimana pula dengan Khalid ibn Bukhair , yang telah dijadikan oleh Rasulullah SAW sebagai orang pilihan bersama-sama Abdullah Jahasy menyertai rombongan perintis ke Syria.Apakah dia rela jadi orang tawanan yang juga akan diperdagangkan ? Tidak semudah itu!!

Dengan serentak , ketiga-tiga murabbi ini berteriak garang memecahkan keheningan lembah itu : “Demi ALLAH , Kami tidak akan menerima sesuatu perjanjian pun dari kaum musyrik!”

Penegasan itu serentak dengan terkaman bagai singa yang tidak nampak siapa lagi gerangan di hadapan mereka .Yang bertekad dihati mereka menentang habis habisan orang-orang yang telah mengkhianati Islam dan mendustakan ALLAH SWT.

Dari lidah ‘ASim sambil menyerbu kea rah musuh ,lahirlah bait-bait puisinya yang menyemarak:

Tidak ada alasan menyerah

Aku ini panah bersepuh bias

Aku adalah busar sakti

Yang bertalikan karomah Ilahi

Lembing-lembing bermata dua

Meluncur bagaikan kilat bersama guruh

Kematian adalah hakikat kebenaran

Sedangkan kehidupan

Adalah baying-bayangan…..

Segala yang ditakdirkan ALLAH

Kepada manusia

Pasti berlaku

Dan semua makhluk ini

Kepada NYA akan kembali….

Bila aku tidak memerangi

Aku takut datang kutukan Tuhan kepadaku…..

Mengamuklah api peperangan dengan hebatnya antara 3 murabbi dengan ratusan kaum musyrik.Ramai musuh dibunuh dan termasuk ‘Asim juga terbunuh di lembah itu.Waktu ajal berada disisinya , ‘Asim sempat berkata : “Tuhanku, aku akan terkorban untuk membela agamaMU , sedari awal hayat , baruku kini berada di ambang kematian , lindungilah jasadku ini daripada sentuhan…”

Setelah ‘Asim rebah , diikuti pula oleh Martsad dan Khatib dalam usia 30 an. Kini jasad mereka dalam genggaman orang –orang musyrik.MAka sampailah saatnya hajat Sulafah Saad yang bernazar hendak minum tuak dalam tenggorak ‘Asim.Kerana itu berlumba-lumbalah suku HUzail mendekati mayat ‘Asim untuk memotong kepala dan dijualkan kepada Sulafah.Tetapi mereka tidak sedar doa ‘Asim telah dikabulkan ALLAH SWT.

Dengan tiba-tiba datanglah sekawan lebah bagaikan awan hitam dari balik lembah itu mengerumuni jasad ‘Asim. Maka lari bertempiaranlah orang-orang musyrik dan tidak sempat menyentuh jasad ‘Asim.

Dengan perasaan marah dan dendam yang membara ketua mereka berkata : “ Tinggalkan tubuh mereka begiu saja dulu , biarlah lebah-lebah pergi , nanti saja kita ambil kepalanya…..”

ALLAH SWT tetap memelihara hamba-hambaNYA yang soleh .Di dunia lagi ALLAH SWT jadi pembela lantaran mereka telah menyerah diri untuk ALLAH SWT dan RasulNYA.Maka ALLAH SWT senang hati untuk membela dan menolong mereka.

ALLAH SWT menghalang niat jahat orang-orang yang derhaka kepadaNYA dengan kehendakNYA.Tatkala itu turunlah hujan dengan selebat-lebatnya dan lembah Mata Air Raji’ digenangi banjir yang deras mengalir membawa bersama jasad pahlawan ‘Asim ,Martsad dan Khalid.Hampalah orang-orang musyrik apabila melihatkan kejadian itu….

MAQAM PERCINTAAN..

Aku ingin berkongsi cerita dengan Kau tentang pengalaman Aku bila berhadapan dengan persoalan cinta dan kasih sayang dalam hidup ini. Kita bertemu ditempat biasa, yang selalu kita gunakan bila sesekali pulang bercuti.Kau tentu tidak sabar dengan perkhabaran ini, kerana sebelum ini Aku tidak pernah bercakap hal yang seperti ini bersama Kau, apatah lagi dengan orang lain untuk menceritakan perihal hidup Aku dalam isu seperti ini sekalipun sebahagian hidup Aku pernah kuhabiskan bersama Kau. Tidak seperti Kau, yang selalu mencari Aku untuk berkongsi pendapat dan menceritakan perjalanan kehidupan ‘rumahtangga’ Kau yang bersilih ganti itu Sebenarnya Aku sudah lama memikirkan persoalan seperti ini untuk diri Aku. Barangkali sejak dibangku sekolah lagi. Tapi itulah, hanya sekadar seorang pemikir yang memikirkan sesuatu itu untuk kepentingan hidup Aku nanti. Dan ternyata Aku telah menggunakan semua buah fikiran yang pernah Aku kaji dan fikirkan dulu dalam kehidupan Aku kini. Sewaktu berada di negeri yang menyimpan penuh sejarah negaralah Aku berjaya memulakan pengaplikasian buah fikiran aku secara realiti bila Aku mula berhadapan dengan perihal cinta dan kasih sayang secara hakiki.

Aku sambung belajar di sebuah pusat pengembangan seni dan sastera negara yang hidup segan mati tak mahu. Tak ramai bilangan pelajarnya. Barangkali seingat Aku hampir seratus orang sahaja, dengan jumlah pelajar bersama Aku hanya seramai tiga puluh orang. Lima orang daripadanya adalah lelaki, termasuk Aku. Sebenarnya, sewaktu minggu suaikenal itulah Aku berhadapan dengan ujian ini.

Aku cuba untuk tidak menggelabah tidak tentu hala bila berhadapan dengannya kerana semua ini sudah bersarang penuh matang dalam benak fikiranku bertahun lamanya. Waktu itulah Anda datang penuh sukarela, masuk mengadap dan menyatakan maksud hati nurani.

Nyata Aku tidak tahu apa keputusan takdir, tapi seharusnya Aku mula menunaikan permulaan cita-cita cinta yang bersarang di hati ini secara jujur. Tidak Aku terkejut dengan cara Anda, sebaliknya ia memberi kesan kepada fikiran Aku betapa perlunya diri ini waktu itu untuk mengelak daripada menempah sebarang musibah yang akan mengaibkan diri.

Aku tidak mencari cinta secara membuta tuli kerana Aku percaya sampai masa ianya akan datang dengan sendiri. Sebenarnya disinilah letaknya nilai kesabaran yang paling mahal harganya untuk diri. Kau tahu apa yang Aku maklumkan bila mendengar pelawaan pertama dari Anda itu;

“Cinta bagi Aku adalah perkahwinan. Perkahwinan adalah kehidupan. Dan kehidupan adalah diri. Bersediakah Anda untuk Aku kahwini? Aku mencari isteri, merangkap kekasih hati, dan sahabat hidup dan mati untuk membolehkan kami memadu kasih secara halal dan terhormat untuk diri dan keturunan warisan ini.” Nyata Anda tersentak. Dan seterusnya Anda menggelabah untuk membetulkan keadaan dirinya.

“Errr……saya tidak terfikir sejauh itu.”

“Itu menunjukkan cinta Anda terlalu murah. Cinta plastik. Cinta palsu. Cinta nafsu. Cinta dusta. Cinta rupa. Cinta harta-benda. Cinta mainan perasaan. Cinta sehari dua. Cinta seringgit dua. Cinta samah serial. Cinta naik bas-turun bas. Cinta supermarket. Cinta bowling. Cinta panggung wayang. Cinta kedai kopi. Cinta KFC. Cinta taman bunga. Dan segala macam cinta yang tidak memberi makna kekal pada diri Anda sendiri. Saya tidak perlukan cinta yang seperti itu!”

Kata Kau, Aku ego. Dengar dulu hujah Aku berikutnya.

Anda tertunduk, barangkali tertikam oleh ketajaman bahasa telahan Aku itu. Sebenarnya itu hanya ujian peringkat pertama, untuk kulihat sejauh mana kesungguhan Anda. Nyata Anda diam tanpa kata-kata.

Tentu Anda pelik dan terkejut bila diterjah dengan jangkauan sejauh itu. Aku memang tidak berminat untuk bercinta kerana memang Aku tidak mempunyai pengalaman cinta seperti Kau. Atau barangkali seperti Anda. Yang Aku ada hanyalah pengalaman berfikir tentang perihal cinta dan kasih sayang sahaja.

“Memang semua bercita-cita ke arah itu, tetapi biasanya sebelum melalui proses perkahwinan harus dilalui dengan dunia seperti ini.” Tukas Anda lembut.

Aku tersenyum hambar. Nyata Anda harus memahami diri Aku sejujurnya.

“Anda tentu pernah dengar tentang dunia remaja hari ini yang tidak sedikit kepincangannya terserlah. Anda tahu, bahawa semua ini adalah atas bahana kesalahan meletakkan nilai cinta ditempat yang sewajarnya. Budaya buang anak, mengandung luar nikah, sumbang mahram, khalwat, rogol, dadah, judi, lumba haram, curi, jenayah seks, dan segala macam kebobrokan dunia remaja hari adalah datangnya dari kesilapan mentafsir makna cinta.

Cinta bukan berkasih, bukan berdua-duaan, bukan cumbu-rayu, berpakaian seksi, mendedahkan aurat, atau hilang budaya tradisi. Cinta tidak menghalalkan cara dan perbuatan. Dan malah, cinta juga tidak rela dicemari dengan hal-hal yang seperti ini. Cinta sebenarnya terlalu suci untuk ditafsirkan.

Maka kerana itu Aku tidak mahu bercinta sekarang ini dengan tujuan mengelak daripada semua ini berlaku ke atas diri Aku. Kerana Aku juga adalah manusia biasa, yang kadangnya tertarik dengan godaan nafsu diri. Lantaran itu wajar sekali kalau Aku katakan bahawa cinta Aku hanya akan lahir seusai perkahwinan. Hanya perkahwinan yang akan menghalalkan semua hijab sebelum ini.” Anda mendongak dengan renungan yang tajam, lebih tajam dan halus dari kata-kata hujah Aku itu dengan sepasang mata yang lentik.

Terpulang.

Anda tidak gelenyar pada kaca mata Aku. Malah Aku lebih menghargai keberanian dan kesungguhan yang Anda tunjukkan itu. Benar bukan budaya kita perigi terkial-kial mencari timba. Tapi itu tidak pelik bagi Aku. Bukankah Nabi junjungan kita sendiri pernah di lamar oleh Khadijah?

Dan Aku percaya, jika perigi itu berjaya menemui timba yang di cari, sesungguhnya timba itu adalah timba yang kukuh, timba yang kuat, yang tahan dek hujan tak lapuk dek panas. Maka kerana itu Aku lebih berminat untuk bermain kata-kata dengan Anda terlebih dahulu, agar kelak dapat Aku sukat dalam-cetek air yang bertakung di dalam perigi harapan itu.

Aku meneruskan lagi begini untuk makluman Kau;

“Cinta bagi Aku terlalu agung. Dan cinta yang agung hanya datang sekali dalam hidup. Seharusnya, cinta yang agung itu dirasai dan dihayati sepanjang hayat hidup dan bukannya di kenang sebagai satu sejarah pengalaman diri yang tertinggal.

Cinta yang agung adalah cinta yang harus dipertahankan kesuciaannya dan diletakkan ditempat yang sewajarnya. Persis seorang gadis yang harus mempertahankan kesuciaannya sehingga ke jinjang pelamin.

Cinta yang agung samalah seperti sebuah pelayaran. Pelayaran yang agung ialah pelayaran yang tidak pernah karam sekalipun dilanda ombak dan badai sehingga sampai ke pelabuhan yang dituju. Dan pelabuhan itu ternyata adalah kematian!

Biasa kita dengar orang belayar untuk memulakan sebuah pelayaran yang agung dengan ilmu yang sedikit lantaran sifat terburu-buru dan tidak sabar. Lalu mereka karam. Kemudian mereka belayar lagi dengan kapal yang berlainan. Karam. Berlayar. Karam. Dan begitulah seterusnya entah puluhan kali. Lalu di mana keagungan yang dicari? Sebenarnya bagi Aku mereka ini telah gagal dalam mencipta keagungan cinta.”

Bukankah cinta yang agung itu adalah cinta yang lahir seusai perkahwinan?

Aku tahu, Anda masih belum mahu mengaku kalah dalam percubaannya itu. Buktinya bila Anda cuba meneka laut fikirku dengan soalan seperti ini;

“Saya menghormati saudara. Tapi izinkan saya meneruskan niat saya begini; Saudara bilang saudara tidak mempercayai cinta seperti ini. Saya fikir saudara seperti cuba untuk melawan takdir. Melawan takdir, samalah seperti cuba melawan kuasa dan ketentuan Tuhan. Cuba saudara fikir, adakah wajar untuk kita atau seseorang itu yang kemudiannya bertemu dan terus berkahwin untuk menunaikan cita-cita perasaan mereka itu?”

Memang Aku sendiri sudah mengagaknya. Dan Kau juga mungkin tercengang dengan soalan seperti itu jika Kau jadikan pengalaman ‘berumahtangga’ Kau sebagai perbandingannya.

“Sebenarnya di sinilah letaknya nilai persahabatan. Nilai persahabatan tidak akan pergi sejauh nilai perkasihan. Maka seharusnya sewaktu di alam inilah kita mengenali hati budi masing-masing untuk dibuat penilaian diri. Hanya perjanjian dan usaha yang akan menemukan kita nanti di alam perkahwinan.

Nabi Junjungan S.A.W kita pernah berkerja bersama Khadijah, seorang janda dan hartawan besar waktu itu beberapa tahun lamanya sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Sebenarnya dalam tempoh itulah mereka mengenali hati budi masing-masing, sebagaimana Khadijah kagum dan tertarik dengan sifat dan sikap Muhammad selama berkerja dengannya. Dan harus kita maklum bahawa waktu itu Baginda masih belum diangkat menjadi seorang nabi atau rasul lagi. Bukankah ini contoh terbaik yang harus kita teladani bersama?”

Nyata Anda akhirnya faham dan bersetuju dengan prinsip Aku itu. Dan kita mula bersahabat dan berjanji dengan janji perkahwinan itu. Aku akan hanya berpegang pada janji itu selagi Anda tidak mengkhianatinya. Tentang diri Aku, jangan Anda bimbang kerana kita telah berjanji dan Aku berpegang pada janji itu sehingga sampai masanya.

Aku teruskan dengan peringkat ujian yang seterusnya. Sebagaimana telah Aku katakan bahawa Aku inginkan perkahwinan kerana di dalamnya terkandung segala macam keindahan yang hakiki jika digaul-ramu bersama iman; percintaan, kasih sayang, cumbu-rayu, zuriat dan sebagainya.

Apa yang ada dalam diri kita ini sebenarnya akan diwarisi oleh anak-cucu kita nanti; waima perkara atau sifat yang buruk pun. Maka kerana itu Aku fikirkan bahawa kita harus membentuk peribadi diri yang terbaik bermula sekarang, dan tidak menunggu sehingga kita sudah berhadapan dengan anak-anak.

Dan Kau jangan terkejut jika Aku ikhtiarkan begini.

Aku katakan pada Anda bahawa Aku mencari seorang ‘wanita’ sebagai isteriku nanti. ‘Wanita’ yang Aku maksudkan itu terletak pada kesempurnaan diri; zahir dan batin. Memang kita selalu berbeza pendapat, tetapi perbezaan itu tidak harus dijadikan alasan untuk menidakkan cita-cita itu. Begini Aku katakan kerana memang dalam dunia ini tidak ada lelaki yang mahukan keburukan dan kecacatan dalam diri masing-masing mengikut kaca mata mereka. Kerana itu Aku boleh menerima Anda seadanya.

Aku sebagai seorang laki-laki yang akan menjadi suami Anda, maka Aku terlebih dahulu cuba menunaikan tanggungjawab Aku terhadap Anda. Pertamanya, Aku ‘haramkan’ alat solek diri untuk Anda. Jangan terkejut. Wajah Anda lebih menarik tanpa semua itu. Hanya wajah asli anugerah ilahi jugalah yang menarik untuk di pandang, tidak dengan calitan gincu atau pemerah pipi. Bebas fitnah!

Walaupun awalnya Anda seakan memberontak, tapi akhirnya Anda dapat menerima dengan hati yang redha. Sebenarnya semua ini berjaya setelah Anda benar-benar faham hakikat perhiasan yang sebenarnya daripada menjadi pengikut fesyen semasa secara membuta-tuli. Bukankah perhiasan itu hanya untuk suamimu nanti sewaktu berhadapan dengannya?

Kemudian Aku hadiahkan Anda persalinan pakaian yang layak dipakai oleh seorang ‘wanita’ pada hari ulang tahun kelahiran; sepasang baju kurung, sehelai jubah, dan sehelai tudung labuh untuk meninggalkan persalinan lamanya. Anda menerima dengan berat hati, lebih-lebih untuk menerima sehelai tudung. Aku tahu, sebenarnya Anda takut kepada kata-kata orang tua-tua, bahawa bila seorang sahabat yang hampir menghadiahkan sehelai tudung, besar kemungkinan usia persahabatan itu tidak akan kekal lama!

Itu kuasa Tuhan. Dan kita tidak tahu. Layaknya kita hanya perlu berusaha dan ikhtiar, agar cita-cita kita itu termakbul oleh-Nya, saranku lagi. Ini ikhtiar Aku, kerana bagi Aku, perkara pertama yang di lihat pada diri seseorang ialah penampilan zahirnya.

Seorang wanita, bagi Aku adalah umpama satu rahsia. Rahsia aurat, rahsia percakapan, rahsia perbuatan, rahsia pandangan, rahsia pendengaran, malah banyak lagi. Semua rahsia ini adalah maruah. Dan rahsia itu harus dijaga sehingga sampai ke suatu masa yang sesuai untuk dipersembahkan kepada seorang suami. Bukankah rahsia itu sesuatu yang penting dan bernilai untuk dijaga?

Harus Anda ingat, semua ini mesti dilakukan dengan hati yang ikhlas sebab Aku tidak pernah memaksa. Aku ulangi, Aku tidak sekali-kali memaksa. Andai Anda tidak boleh ikuti, apa boleh buat. Jangan Anda lakukan semua ini kerana Aku. Aku hanya asbab, yang menunaikan adalah mesti hati Anda sendiri juga.

Aku bukan mahu mengurung Anda di dalam sangkar cemburu, tetapi membebaskan jiwa Anda sebagai seorang wanita solehah yang hidupnya berjalan di atas titian iman. Anda harus faham, kerana selagi Anda tidak memahami, selagi itulah Anda akan merasa terkurung dan dikurung!

Sebenarnya semua ini Aku lakukan untuk diri Aku sendiri juga. Bukan semata-mata memaklumkan pada Anda sahaja secara sengaja.

Anda Aku padatkan dengan pengisian jiwa dan rohani. Aku racuni pemikiran Anda dengan amalan-amalan agama yang wajib dan sunat, bacaan Al-Quran, wirid, zikir, dan solat-solat sunat terpilih, sifat-sifat baik dan terpuji, gaya hidup dan seterusnya pemikiran yang diredhai-Nya. Kau tahu, rupanya Anda memabukinya secara langsung. Di sinilah baru Aku percaya bahawa sebenarnya persekitaranlah yang banyak mempengaruhi rentak dan corak kehidupan kita.

Aku tidak memaksa Anda. Terpulang pada Anda untuk membuat penilaiannya sendiri. Sekalipun secara beransur-ansur, nyata Aku berjaya.

Aku selalu mengkhayalkan sebuah rumahtangga yang baik, aman, damai, harmoni, dan wujud interaksi yang baik antara seorang suami dengan seorang isteri, serta anak-anak. Kau tahu, bahawa sebenarnya kita akan memperolehi semua ini hanya melalui agama. Hanya rumahtangga yang berlandaskan iman yang sempurna sahaja akan mencapai tingkat kebahagiaan hidup yang hakiki di dunia dan juga akhirat. Dan rumahtangga yang baik adalah rumahtangga yang diredhai Allah.

Anda beransur secara jujur untuk meletakkan nilai cinta ditempat yang sewajarnya. Kau harus ingat bahawa Aku tidak pernah memaksa. Kerana bila berlaku paksaan, Aku fikir perkara yang dilakukan itu akan menjadi tidak ikhlas. Sesuatu yang dilakukan secara tidak ikhlas adalah sesuatu yang sia-sia. Mahukah Kau melakukan sesuatu yang sia-sia?

Aku terpisah dengan Anda oleh jarak waktu. Anda meneruskan pelajarannya di bahagian timur negara, sedang Aku pulang ke kampung halaman menjengah kedua orang tua. Aku meneruskan ujian untuk tahap yang seterusnya setelah Anda Aku lepaskan ke seberang sana jauh meninggalkan diri dengan harapan, kejujuran, dan kesetiaan. Anda boleh pergi walau ke hujung dunia tanpa Aku di sisi kerana pegangan Aku pada janji-janji itu terlalu kuat dan jitu. Tiada siapa dapat mengubah, kecuali Dia. Tentu Kau juga tidak percaya. Tapi seharusnya Anda juga faham dengan prinsip Aku ini dan tidak mengambil kesempatan ke atasnya demi untuk menunaikan cita-cita perkahwinan itu. Di sinilah Aku berpegang pada kuasa Tuhan sekuatnya dengan keyakinan itu.

Anda tidak Aku hubungi selalu, lantaran walau bagaimanapun keadaan yang Aku lakukan dan hadapi, Aku masih ingat janjiku dengan Anda. Itulah pegangan Aku selagi Anda tidak mengkhianatinya. Jiwa Aku tetap tidak berubah!

Sebenarnya Aku sendiri berhadapan dengan banyak dugaan. Balik menemui orang tua seusai tempoh itu, mereka bertanyakan soal jodoh-pertemuan yang sememangnya menuntut Aku untuk terus setia kepada janji yang telah Aku pegang. Alhamdulillah, mereka gagal mengubah keadaan diri Aku sekalipun mereka tidak pernah Aku maklumkan lagi. Sebenarnya Aku menunggu waktu yang sesuai untuk semua itu. Sengaja Aku tidak mahu terburu-buru.

“Sebenarnya untuk apa kau mengajak aku bertemu hari ini? Terus kepada maksudmu.”

Aku ketawa terkekeh mendengar makluman Kau itu. Rupanya baru kini Kau rasai apa yang Aku rasai setiap kali mendengar celoteh tentang perjalanan ‘rumahtangga’ Kau yang bersimpang-siur dalam setiap pertemuan kita sebelum ini.

“Aku akan memulakan perjalanan cinta, untuk membawanya ke maqam yang terpilih.” Sambil Aku menghulur sekeping sampul surat berisi.

Perlahan Kau membukanya dan kemudian menelaah satu-persatu. Nyata Kau tercengang kagum, kerana barangkali Kau fikir Aku hanya beretorik dengan semua cerita ini.

“Anda?”

“Telah Aku saksikan, Anda memilih jalannya sendiri. Hanya orang yang tahan diuji dan kuat jiwanya sahaja yang boleh mengguna-pakai teori cinta Aku ini sehingga ke titik akhir. Jiwa Anda barangkali kuat, tetapi tidak tahan diuji, sedang pilihan datang bertubi-tubi di depan diri tanpa Aku disisi. Aku fikir pilihan Anda tepat. Dan Anda barangkali telah meletakkan nilai cintanya di maqam yang terpilih.

Anda tidak salah. Aku juga tidak rugi. Aku telah menunaikan tanggungjawabku selama usia persahabatan itu. Anda menerima-pakai nilai persahabatan selama ini. Dan Aku juga berpuas hati dengan disiplin diri yang sebenarnya cuba Aku terapkan ke dalam diri sambil Anda menceduknya dengan banyak sekali melalui pertemuan ini untuk tujuan kehidupan. Aku berjaya. Dan Anda juga menang.

Sebenarnya inilah takdir. Dan takdir inilah kuasa Tuhan. Kuasa Tuhan yang harus kita terima dengan redha hati. Aku jenuh berikhtiar. Dan Anda ralit berusaha. Sebenarnya inilah Qada’ dan Qadar yang ditentukan-Nya.”

Kalian bagaimana lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers
~♥ Ada hati yang sukar menyayangi orang yang masih hidup, apabila orang tersebut mati barulah hati itu belajar untuk menyayangi. Tetapi ada juga hati yang tidak mampu menyayangi walaupun orang itu telah mati... sungguh, hati itulah hati yang paling keras! ♥~
Multi-Colored Light Pointer

Visitor

Categories

Followers

hak cipta terpelihara.. (atikah-ismail). Powered by Blogger.