About Me

My photo
"cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun daripada langit , bersih dan suci.. cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.. jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah cinta itu tandus oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.. tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..." ~~~HAMKA~~~

mutiara kata

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.

~ Thomas Jefferson~

seri seorang isteri

Inilah isteri yang cintakan Allah
yang rela bersabar hadapi kesusahan
yang minta ditegur jika ia bersalah
yang mampu tersenyum bila saja bertemu
yang masih malu menghias seri diri

Tak mengapa seorang isteri itu
Hanya mempunyai wajah yang sederhana
Asalkan akhlak dan juga budi
Jadi perhiasan dalam hidup

Kalau kita nak tahu isteri yang sejati
Bila dan berusia pun masih disayangi
Oleh anak dan juga suami

Biasanya isteri yang solehah itu
Ia terkendali
Ada kawalannya di hati
Ada tarikan semulajadi
Teguran berhias
Keras tidak terasa
Bukti keikhlasannya

Marah Dan Cara Mengatasinya




Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.


Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid didalam sebuah bait syair:
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".


Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un." Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : "Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.


Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."


Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah.


Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :


a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.



Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.


Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.


Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir.


Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak dan angan-angan habis.


Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah berkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas..


Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

ya ALLAH... rahmati ibuku....

***my brother***




***kenangan tinggal kenangan***







assalamualaikum...

pertama kali mencoretkan bingkisan ini, hati bergelora teringatkan permata hati yang telah banyak berkorban utkku... dia lah AYAH & IBU bagiku.... dialah segalanya.... sayu melihat jerih penat dan dugaan yang melandanya selepas ayahku telah diminta kembali oleh ALLAH yang hanya meminjamkan kepadaku walaupun seketika cuma....

A.Y.A.H.... ku kehilangan insan ini dalam usia yang sngat mentah... seawal usia 6 tahun, aku tlah dikejutkan dengan khilangan.... khilngan salah 1 drpada permata yang sngat brmakna... sngat istimewa...mgkin pada msa 2, aku terlalu awal dlam mngerti apa itu khilangan... tapi pabila orang lain bleh mmggil ayah mreka, aku trsentak,,, aku dah xpunya ayah.... aku xda ayah.. masa 2 mak la segalanya... dialah ibu dialah ayah.... masih ku ingat ketika saat2 akhir nyawa ayahku.. smnggu sblum smpainya ajal dia dmasukkan ke hospital besar kangar, perlis.. wlaupn baru berusia 6 tahun, aku msih ingat pristiwa pahit itu... hari terakhir (5 oktober 1996), pagi 2 mcm biasa stlah balik dri tadika, mak bwak aku p hospital... ingat lagi, masa hari 2, hari jadi aku (5 oktober 1996) yang ke enam.... mntak suh ayah belikan colour pencil masa 2... ayah kata" adik, nnti bila ayah kluaq ayah beli" tapi ALLAH lebih berkuasa ke atas tiap2 ssuatu... ptg hari 2, doktor kta keadaan ayah tenat sngat... dh xda hrapan lgsg... doktor ckap lbh baik bwa blik ja... msa ptg 2 phak hospital hntaq ayah blik ngan ambulance kat umah tok di kuala ketil... ssmpai ja kat umah tok, jam 7.05 ptg hari sabtu 5.10.1996 ayah telah kmbali brtemu pnciptanya.... org yang pling sdih tntulah mak... masa 2 abg sulung baru drjah 6, kakak drjah 4 & masa 2 jgak mak bru lpas pantang slpas lhirkan adik yang no 4... ya ALLAH, xdpat gmbarkan keadaan 2... slpas ayah dh xda, mak ambil kptusan utk blik dok kat kmpung... dekat dngan tok.. kalau terus tggal kat perlis, ssah... xda orang nak tlong tengokkan... lpas 2 kami pon blik dok kat kmpung... keadaan masa 2 ssah sngat... sdih kngkan blik, pengorbanan mak yang teragung... adk bradik msih kcik... msa 2 mak trpaksa lakukan 2 pkrjaan dlam 1 masa, pagi jual nasi lmak, petang kja kat kilang kayu... demi tuk bsarkan anak2... abang masa 2 baru msuk tgkatan 1, akak drjah 5, n aku bru msuk drjah 1.... tme dftar skolah masa drjah 1, tgok smua orag ada ayah... sedih... ingat 1 hari tu, ada abg drjah 6 tnya pasal ayah... mmg xleh than nak nangis... teresak2 sngat... smpai ckgu xtaw nak bt apa... pedihnya kehilangan....

4 tahun slpas ayah xda.... aku di kejutkan lagi dengan 1 lagi khilangan.... A.B.A.N.G.. satu2nya abang yang aku ada... dan satu2nya anak llaki yang mak ada.... masya ALLAh.... skali lagi mak diuji.... khilngan insan tersyag buat kali kedua... stlah kmatian ayah, mak hnya mnumpang smngat abang... coz adik bradik yang lain smua pmpuan... sorang shja llki.... adk yang kcik masa 2 bru umuq 4 tahun... masa ayah mnggal tu 4 bulan... baru nak brmanja dngan abg, ALLAH dah ambil blik.... masa 2 mmg smngat mak down sngat2.... kbtulan plak masa 2 mak tgah sakit... just dktor bg blik umah coz raya cina... sblum 2 mmg mak kna dok kat hospital.... macm biasa ari khamis abag blik kmpng... coz dia dok asrama... msa tu cti skali rya cina smpai ari selasa... ingat lagi, sblum abg mnggal 2 dia nak mkan kek pisang... tp mak xdan nak buat sbb mak tgah sakit... dktor sahkan mak penyakit dalam hmpedu... ari rabu abg dh start skolah, ari slasa 2 dia dah prepare nak blik ostel dia... sblum 2 dia da mngadu sakit kpala.... mak just kta makan la pnadol...ingat biasa2 ja... tapi xpa... abg ikut ckap mak...just mkan pnadol.... keesokannya... abg p skolah n study mcm biasa... lpas blik skolah 2, dia blik asrama n trus tidoq.... kawan dia ajak mkan pon dia xmau dah... bnda dh nak jadi... masa kawan dia kjut dia kali kedua utk mkan.. tgok dah nak hbs nyawa dah... kawan abg pggl wrden n diajar mngucap... n tamatlah khidupan abg....

masa 2 aku kat umah tok, tok tengah bsuh kain... ttba tlefon bunyi.... mak yang angkat... 2 ust abg... dia tya mak"ni waris mohd khairul hisyam ke?? mak pon jawb la ya... knpa?? ust abg kta " dia xda".. mak pon heran la... knpa plak xda,,, smlam dia dh p asrama... mak tya mcm 2... xtrpkir pon mkna disebalik 2... pastu ust 2 kta... "kak.. sbar bnyak2... dia dh ckup hukum...." ya ALLAH... xtaw apa yg mak rasa masa 2... telefon dibiarkan bergntng mcm 2 sja.... msa 2 mcm pcya xpcya ja.... mak smpat kta kat adik yang kecik msa 2.." adik. adik dah xda abg dah"...

kami pon p la asrama abg ... smpai sna, mak msih xleh trima yg abg dah xda... mak suh p hspital cek... dengan mata kpala sndri ku tgok dktor wat kjutan letrik kat abg... tapi ALLAH lbh mngtahui... mmg dh ckup hukumnya.... lpas wak blik umah, dh org nak mndikan abg tuk urusan kafan, mak still xleh trma... mak ckap kat imam, jgan bg mndi n kafan lg...dia pengsan ja kot... ya ALLAH.... mmg sdih tgok mak masa 2....dah tgaah sakit.... ya ALLAH.... brkatilah ibuku....

9.2.2000 abg mnggal, 7.3.2000 mak plak kna operate buang hmpedu... byangkanlah baru sbulan abg mnggal, smngat pon xplih lg, mak kna opertte plak.... skali lg aku n kakk diuji..... masa 2 mak operte kat hosp SP... lps oprte, mak xsdrkan dri... kritikal sngat... 50-50 shja jaminan doktor... ALLAHHU AKHBAR... xkan aku kna lalui lagi khilngan????? xsnggup..... berkat doa tokngah masa 2 ada kat tnah sci mekah & kkuasaan ALLAh... mak sihat smpai hari ni,,,, alhamdulillah.......

*** ada lagi kisah sdih... nnt ana pblishkan lg.... dah xsnngup mnulis masa ni... air mata xhnti2 mnitis.... mata dah bngkak..... shbat2...doakan kbahgiaan mak ana... nnt ana smbg crita...... wssalam




Tanam Mahmudah- Salam, Senyum dan Sangka Baik (3S)



Salam

Dari Abi Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw : “Tidak masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak beriman sehingga kamu berkasih-sayang. Adakah kamu hendak jika aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu lakukan akan menyebabkan kasih-sayang? Sebarkanlah salam antara kamu semua.” HR Muslim

Photobucket


Senyum

Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.
HR At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi

1. Dari Sisi Kesihatan
• Sama dengan olahraga
• Mengurangi infeksi pada paru-paru
• Mengurangi sakit jantung
• Meningkatkan semangat dan kesihatan
• Mengurangi dua hormon dalam tubuh iaitu eniferin dan kortisol
• Mempercepat proses penyembuhan penyakit
• Mengurangi rasa pedih atau sakit
• Ubat awet muda

2. Dari Sisi Psikologi
• Mengurangi stress
• Meningkatkan kekebalan secara psikologi
• Menjadi lebih rileks
• Memberi kesan berseri dan optimis (positive thinking)

3. Dari Sisi Agama
• Merupakan sedekah
• Obat rohani
• Tanda kemurahan hati

4. Dari Sisi Penampilan
• Menambah daya tarik
• Memperbaiki penampilan
• Menunjukkan kebahagiaan
• Lebih disegani

Photobucket



Sangka baik

Keburukan berburuk sangka:
- Tiadanya ukhuwwah islamiyah yang menyebabkan persahabatan yang tidak kukuh.
- Akan menabur tuduh-menuduh yang diikuti kezaliman yang lain
- Saling cuba menjatuhkan kejayaan orang lain.
- Pencetus kepada sifat-sifat mazmumah
- Menyebabkan amalan tidak diterima kerana niat yang ingin dilihat lebih hebat dari orang lain.
- Perasaan yang tidak akan tenteram.
- Tiada kepercayaan sesama muslim dalam apa-apa urusan.
- Perpecahan akibat saling meragui dan berburuk sangka.
- Balasan di dunia dan di akhirat.
- Dimurkai Allah. Maka apakah keburukan yang lebih buruk dari ini.

Photobucket

haramkah.. (aku ingin sperti ini)

Haram haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar

Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandangan pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

[*]
Haram haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

[**]
Aku tetap ingin dirimu
Tak mungkin hatiku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

[***]
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dimata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

[****]
Aku hanya ingin cinta yang halal
Ingin dia tentu atas izinnya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta ku menanti cinta

Back to [*][**]

Back to [***][****]

Haram haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar

Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandangan pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

[*]
Haram haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

[**]
Aku tetap ingin dirimu
Tak mungkin hatiku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

[***]
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dimata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

[****]
Aku hanya ingin cinta yang halal
Ingin dia tentu atas izinnya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta ku menanti cinta

Back to [*][**]

Back to [***][****]

jangan berputus asa..

"Ah!! Tensionnya!"

"Banyaknya masalah"

"Ada tak orang yang hidup tiada masalah?"

Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jika persoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga, pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang! :)

Adakah manusia yang tidak punya masalah?

Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya: Adakah manusia hidup yang tidak bernafas?

Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdil lagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat juga dicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...

Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada.

Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi.

Berhadapanlah dengannya.

"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jadi tidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yang saya kasihi melontarkan nasihat.

"Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung.

"Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."

Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan.

Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya.

Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah:

"Oh Masalah, Aku ada Allah yang Maha Besar!"

Allah Pasti Akan Membantu

"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan. Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kian mengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat saya tidak keruan.

"Sabar..Sabar.."

Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabat sekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawab dengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.

Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secara tiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengar janji Allah ;

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)

"Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.

Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Beberapa minit berlalu....

Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi.

Berjaya pula dia mendapat 10/10.

Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha!

Jangan berputus asa

"Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."

Ingatkah kita pada firmanNya ;

"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengan sia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih.

Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakan masalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.

"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga."

Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil, adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha, adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakal kepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri?

Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allah beri sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kita kembali padaNya.

Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi.

Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.

Kembalilah... Allah menantimu.

Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah.

Sungguh, Dia lebih Mengetahui!

Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walau kamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti! Jangan diragui.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers
~♥ Ada hati yang sukar menyayangi orang yang masih hidup, apabila orang tersebut mati barulah hati itu belajar untuk menyayangi. Tetapi ada juga hati yang tidak mampu menyayangi walaupun orang itu telah mati... sungguh, hati itulah hati yang paling keras! ♥~
Multi-Colored Light Pointer

Visitor

Categories

Followers

hak cipta terpelihara.. (atikah-ismail). Powered by Blogger.