mutiara kata

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.

~ Thomas Jefferson~

klik-klik

My Blog List

hai.. hehe tetiba je gelak kan.. hahahha.. entah la aku rasa nak sangat gelak puas2.. nak hepikan diri ni walaupon hakikatnya aku ni tak hepi.. haish..mulut hang ni mmg xda insuran kan.. dh hang kata xhepi, memang xhepi lah kan. 
aku ni tak la pandai sangat nak menulis dalam blog ni. sebab aku tak pandai nak karang ayat berjela. dan kalau perasan, ayat aku ni main hentam saja.. langsung tak berseni. gaya tulisan pon carca marba. tapi takpa la, aku tulis biaq aku ja yang paham kan.hahaha
hurm.. macam mana lah nak start ha? boleh ke perasaan sayang tu hadir walaupon tak pernah bersua muka? tak pernah sembang face to face! tapi aku sayang. sayanggg. tak tau la macam mana nak habaq mai. haha. ada la setakat mesej2 biasa tu, tapi entah aku pon xpasti la dia tu lagu mana. aku ja yang dok perasan sorang2. haih tak malu sungguh. dah nak buat lagu mana kan? rasa ni bukan aku yg nak, mai tiba2. tapi la ni aku mcm nak biarkan ja perasaan ni mcm tu. aku tak mau la org nampak aku ni desperate. biar cool cool dulu. tapi dalam hati allah saja yg tau.

tarbiah cinta dari Allah.. biarlah iman yang terus berbicara





Adakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu. Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur. Di mana dan ke mana hendak dibawa hati? Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi.


Hanya kita…hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri. Hati bertanya, mengapa sekuat ini Allah menduga ku? Mengapa seganas ini ombak yang diutus untuk menghempas pantai jiwa ku?


Ingatlah, walau sekuat manapun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman. Kita ini hamba Allah. Dan ujian itu sesungguh ‘utusan’Nya. Ia adalah satu panggilan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepadaNya.


Bukankah kalimah ‘istirja’” setiap kali ujian menimpa itu datang dengan peringatan bahawa kita ini milik Allah dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan?


Nestapa dan derita itu sesungguhnya panggilan cinta daripada Allah untuk hambaNya. Datang dengan satu ‘pujukan’ agar jangan pernah melupakanNya. Jika kita tega melupakanNya, bakal berlaku derita yang jauh lebih parah.


Nestapa kehilangan cinta Allah jauh lebih dasyat berbanding kehilangan kasih manusia dan nikmat dunia.


Justeru, agar kita tidak lupa, Tuhan memanggil kita. Tuhan memanggil kita untuk kembali kepadaNya. Bisikan ke hati, “isteri yang kau cintai, bukan cinta hakiki. Suami yang kau sayangi, bukan cinta sejati. Apatah lagi, rumah, kenderaan dan wang ringgit mu, semua itu bukan teman sejati mu. “


Amat berbahaya jika kita bergantung bahagia dan berjaya pada semua itu. Cinta Allah sahaja yang kukuh, cinta selainnya rapuh.


Sekian lama pada semua itu cinta kita berpaut … sedangkan itu semua umpama dahan yang reput. Tidak akan mampu setia sebaik sahaja jenazah kita di hantar ke kubur. Walau sesuci mana, walau seteguh mana, cinta makhluk akan binasa.


Kalau ada cinta sejati… cinta itu milik Adam dan Hawa, tetapi mereka berdua juga terpisah.


Jika ada cinta yang tidak ada dusta, itulah cinta Khadijah dan Rasulullah SAW tetapi cinta itu juga diuji dengan kematian.


Agar jangan ada cinta yang lebih agung melebihi cinta Allah di hati Rasulullah SAW. Justeru baginda dididik Allah dengan kematian demi kematian setiap orang yang disayangi dan cintainya sejak dalam kandungan ibunya lagi.


Benarlah seperti yang diucapkan sendiri oleh Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling berjasa kepadaku dengan ikatan persahabatan dan dukungan hartanya adalah Abu Bakar. Seandainya aku boleh mengangkat seorang Khalil (kekasih terdekat) selain Rabb-ku niscaya akan aku jadikan Abu Bakar sebagai Khalil-ku. Namun, cukuplah -antara aku dengan Abu Bakar- ikatan persaudaraan dan saling mencintai karena Islam. Dan tidak boleh ada satu pun pintu yang tersisa di [dinding] masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”


Begitu cintanya Siti Aisyah kepada Rasulullah SAW, namun ketika menghadapi fitnah dalam peristiwa Hadisul Ifki, Nabi saw tidak dapat membelanya. Kebenaran ketika itu masih ‘ghaib”.


Daripada suami kesayangannya itu, Aisyah hanya mendengar kata-kata:“Hai, Aisyah! Aku telah mendengar tentang apa yang dikatakan orang tentang dirimu. Jika engkau tidak bersalah maka Allah pasti akan membebaskan dirimu. Jika engkau telah melakukan dosa maka mintalah ampunan kepada Allah!“.


Pada ketika tidak adaseorang pun manusia dapat membantunya. Hanya Allah mengetahui hakikat kebenarannya. Hanya dengan sabar dan solat, Siti Aisyah bermunajat. Setelah sekian lama terhimpit dan tersepit oleh fitnah, akhirnya datanglah bantuan Allah yang membersih dirinya daripada fitnah.


Ayat cinta daripada Allah pun turun untuk membela kekasihNya. Lalu datanglah Rasulullah menemui Aisyah dan berkata, “Hai Aisyah, Allah telah menyucikanmu dengan firman-Nya:


“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat Balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.” (QS. An-Nuur:11)


Hanya Allah, hanya Allah… teman bicara hati kita tatkala hujan ujian melanda. Ajaibnya, iman itu mampu meluntur dan melebur segala kesedihan. Seorang wanita bernama Khansa’ begitu terkenal dengan ratapannya. Tangis dan sendunya ketika kematian saudara lelakinya Sakhar menjadi begitu dikenang semasa zaman jahiliah.


Dari mulutnya terlontarlah syair-syair yang begitu indah tetapi sangat menyedihkan tatkala dia meluahkan kesedihan. Bukan sahaja syair tetapi matanya mengalirkan air mata yang mengharukan sesiapa sahaja yang melihat dan mendengarnya. Dia begitu sinonim dengan ratapan dan kesedihan akibat kematian orang yang tersayang.


Hidayah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw turut singgah di hati wanita yang rawan ini. Kemanisan iman dan Islam mula bertapak di hatinya. Dan dia turut mengorbankan masa, tenaga dan nyawanya untuk menyalakan sumbu iman yang dibakar oleh musuh-musuh Allah. Khansa’ terpilih untuk turut serta dalam perang Qadisiah yakni peperangan untuk membebaskan negara Parsi pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al Khattab.


Bersama Khansa’ ikut empat orang puteranya. Keempat-empatnya terpilih menjadi mujahid untuk bertempur dengan tentera Parsi. Khansa’ sebagai ibu telah memberi kata-kata peransang dan semangat untuk anak-anaknya.


Diantara kata-katanya:” Wahai anak-anakku! Sesungguhnya kita memeluk agama Islam dengan suka rela dan hijrah dengan kemahuan kita sendiri. Demi Allah tidak ada Tuhan selain dariNya. Sesungguhnya kamu adalah anak dari satu ibu. Aku tidak pernah berkhianat kepada bapamu, tidak merusakan kemuliaanmu dan tidak menyimpang keturunanmu.”


Khansa’ menyambung lagi, “sesunggguhnya kamu mengetahui apa yang telah disediakan Allah untuk kaum muslimin, yaitu pahala yang mencukupi kerana berjihad menentang musuh Allah. Ketahuilah olehmu, bahawa kampung yang kekal lebih baik dari kampung dunia yang fana’. Tuhan telah berfirman:”Hai orang beriman! Sabarlah kamu dan tetaplah dalam kesabaran dan teguhkanlah (pendirianmu) dan bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu memperolehi kemenangan.”


Pada hari esoknnya keempat-empat putera Khansa’ menuju medan pertempuran, dengan semangat dan penuh keberranian hasil dorongan dan nasihat ibunya. Mereka bertempur dengan musuh sehingga menemui syahid seorang demi seorang. Berita kesyahidan keempat-empat puteranya itu disampaikan kepada Khansa’.


Apakah Khansa’ akan menangis, meratap atau memukul dadanya sepertimana yang dibuatnya semasa dia berada dalam jahiliah? Oh, tidak. Khansa’ sebaliknya menerima berita itu dengan tenang dan sabar seraya mengucapkan:”Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kemuliaan kepadaku dengan syahidnya mereka, aku mengharap kurnia dari Ilahi untuk mengumpulkan aku bersama mereka di tempat rahmat dan nikmat Allah.”


Apakah yang merubah sikap Khansa’? Sehingga perubahan itu bagaikan langit dan bumi? Ya, itulah bicara iman di dalam hatinya. Bicara iman yang menimbulkan sejuta ketenangan.


Diriwayatkan oleh Muslim, pada suatu hari datang seorang lelaki yang menjadi tetamu Rasulullah saw. Untuk melayaninya dengan baik, Rasulullah saw menghidangkannya susu yang diperah daripada seekor kambing. Kemudian lelaki itu minum sampai habis. Rasulullah menambah susu yang diperah daripada kambing yang kedua. Lelaki itu minum lagi sampai habis. Kemudian dihidangkan lagi susu daripada kamping yang ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh.


Pada malam itu lelaki tersebut menerima dakwah Rasulullah dengan hati yang terbuka lalu memeluk Islam. Pada pagi esoknya dengan iman yang telah meresap di hatinya lelaki tersebut menjadi tetamu Rasulullah saw sekali lagi. Dan sekali lagi Rasulullah menghidangkannya dengan susu kambing. Setelah habis susu itu diminum, Rasulullah saw menghidangkan lagi susu yang diperah daripada kambing yang kedua.


Kali ini lelaki itu tidak mampu lagi meminum kerana terasa sudah kenyang dan memadai. Pada ketika itulah Rasulullah saw mengucapkan kata-katanya yang begitu popular sehingga hari ini:”Sesungguhnya orang yang beriman itu minum dengan satu perut, sedangkan orang kafir minum dengan tujuh perut.”


Mengapa sikap lelaki itu berubah bagaikan langit dengan bumi? Itulah bicara iman yang meresap kedalam jiwanya. Iman itu akar kepada segala kesederhanaan dan kecukupan.


Diberitakan, Umar Al Khattab pernah berkata tentang Umair bin Wahab (yakni ketika Umair datang ke Madinah dengan tujuan untuk membunuh Rasulullah SAW) : “Babi lebih aku sukai daripada Umair bin Wahab.”


Namun, setelah Umair insaf dan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Rasulullah SAW, Umar Ibnl Khattab sangat gembira, seraya berkata:“…tapi saat ini aku lebih suka Umair daripada anak-anakku sendiri.”


Begitulah peribadi Umar, yang meletakkan cinta dan bencinya hanya kerana Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada cinta kepada orang Ansar kecuali orang mukmin dan tiada yang membenci mereka kecuali orang munafik. Siapa yang kasih kepada sahabat Ansar, maka akan dikasihi Allah, dan siapa yang membenci mereka dibenci Allah.”


Mengapa Umar bertukar bahasa? Semuanya, kerana bertukarnya rasa. Bila iman berbicara di dalam hati, segala yang terluah oleh lidah menjadi manis, mesra dan merdu-merdu belaka. Dan rasa itulah yang sangat kita dambakan saat ini… semoga iman kita terus berbicara. Kerana bicaranya adalah ketenangan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku hamba dhaif

My Photo
nUr at!kAh !smA!L
kuala ketil, kedah, Malaysia
"cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun daripada langit , bersih dan suci.. cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.. jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah cinta itu tandus oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.. tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..." ~~~HAMKA~~~
View my complete profile
~♥ Ada hati yang sukar menyayangi orang yang masih hidup, apabila orang tersebut mati barulah hati itu belajar untuk menyayangi. Tetapi ada juga hati yang tidak mampu menyayangi walaupun orang itu telah mati... sungguh, hati itulah hati yang paling keras! ♥~

Followers

Multi-Colored Light Pointer

tetamuku

tazkirah!!

Categories

hadis

"rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari kiamat pada hal hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya" (Hadis Riwayat At-Tarmizi)

coretan ziarah

chat with me!!

featured-content

hak cipta terpelihara.. (atikah-ismail). Powered by Blogger.