Kebahagiaan dan kejayaan hidup
berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih
pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan
di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf
keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan
teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa
mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan
gagal.
Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai
atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan
pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya
atau Tidak?
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?
(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?
(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat
temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan
diri?
(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
(7) Selama perkenalan anda dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?
(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?
(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?
(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?
(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan
damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya
dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?
(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk
menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?
Sekadar panduan untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Semoga entry ini bermanafaat untuk semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)